BURUNG dot BABI dot KAMU

Saturday, May 2, 2009 ·

Adei… dari satu issue ke satu issue..bru je issue selsema brung hangat dprkatakan. skrang dah timbul issue selsema babi atau nama sopan santun nya selsema khinzir…atau nama ongputih beliau swine flu…

Virus selsema tersebut scara drastic nya merebak pertama kalinya bermula d mexico..ala Negara Rosalinda n jose fernando tu xkan tau…(ayam mor lala laalala…)ha2.. virus tu namanya H1N1 kalo xsilap aku….


Mexico dah mula cuak la sb beratus2 pnduduk nya maut akibat virus tersebut…pastu dah effect kt U.S, Israel DLL lg la…mexico la y paling teruk smpai kgiatan seharian dorg pn terbatas..economi dorg pn makin teruk gak, tambah2 dr segi sector pelancongan la.. y paling effect plk seller babi tu sendiri..demand tok daging babi dah makin kurang..kalo korang blajo economi tau la demand decrease price increase..malas aku nk explain…

Keadaan mexico skarg mgingatkan aku kpd muvi “I am legend”…movie will smith tu.. mnceritakan tntang sbuah negara y effect ngan virus sampi bandarnya dah xda org..suyi sepi je… hya will smith gan anjing dia je peg kat bandar tu nk myiasat apa punca virus tersebut merabak….xcaya seach kat LAN tgk la sdiri..



Namun, kalo kita fikir in islamic perspective nya plk, ni la ujian dari y Maha Pencipta tok kita semua..dan ini pn mgkin tanda2 dunia ni akhir zaman..tya bdk IRK lagi la tau kot..hehehe.. So sama2 la kita muhasabah diri n fikir2kan lah apa silp kita y tlah kita lakukan kt muka bumi ni..x g2 kawan2…huhu..

Aku ada info la ckit sal selsema babi ni..baca la..yang ada tanda2 ni cpat2 la peg hospital n cpat2 putuskan persahabatan kita..huhu

Apakah Selesema Babi?
Selesema babi adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Demam Babi Terhadap Manusia?
Simptom selesema babi ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?
Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

0 comments:

MY LIFE (please wait...)